Daniel Craig tidak mahu lagi jadi James Bond.
Khabar gembira buat Pierce Brosnan & para peminatnya! Pierce Brosnan dijangka kembali memegang watak James Bond dalam sekuel filem perisikan 007 yang berikutnya. Ini kerana watak James Bond sekarang, Daniel Craig, memberi kenyataan tidak mahu lagi meneruskan lakonan dalam sekuel filem ini yang seterusnya, selepas filem Bond 22. Bond 22 dijangka ditayangkan pada Jun 2008.
Daniel Craig, 39, memberi alasan bahawa dia mahu menjadi aktor yang ‘versatile’, iaitu mencuba pelbagai watak dalam filem yang lain & tidak mahu lagi terikat sebagai seorang perisik. Craig berkata beliau mahu membuang aura James Bond yang telah melekat pada dirinya. Beliau mahu mengikut jejak aktor Timothy Dalton, yang turut berlakon dua kali sahaja memegang watak James Bond iaitu filem Licence To Kill & Living Daylight. Filem² box-office yang dibintangi Craig pada tahun ni ialah Invasion (berpasangan dengan Nicole Kidman) & juga The Golden Compass (juga dengan Nicole Kidman).
Berbalik pada Pierce Brosnan, 54, begitu optimis sekali untuk kembali memegang watak perisik yang paling tersohor di kalangan filem² perisik yang lain. Kali terakhir beliau berlakon dalam filem² Bond ialah filem ‘Die Another Day’ (2002) berpasangan dengan Halle Berry. Lain² filem Bond, GoldenEye (1995), Tomorrow Never Dies (1997) & The World Is Not Enough (1999). Beliau digugurkan daripada filem Casino Royale (2007), kerana ‘tidak ngam’ dengan pengarah filem tersebut, Martin Campbell.
Mungkinkah Pierce Brosnan akan mengikuti jejak Sir Sean Connery, yang kembali beraksi dalam filem khas James Bond ‘Never Say Never Again’ (1983)? Pierce Brosnan boleh dikatakan lebih berkarisma berbanding dengan Daniel Craig, dalam melakon watak James Bond. Tetapi terpulanglah pada pihak produksi, untuk ambil beliau berlakon kembali, atau cari muka baru untuk memegang watak yang diidam²kan oleh setiap aktor Britain. Tak usahlah peminat Pierce Brosnan mengharapkan sangat…